Thursday, January 29, 2009

soalan / latihan 946/2

BAB 3 :koperasi dan perniagaan bukan bermotif untung

Bahagian A

Stpm 2007

d) Jelaskan 3 cara bagaimana koperasi perikanan dapat membantu meingkatkan pendapatan masyarakat nelayan dengan mengambil alih peranan sebagai orang tengah. ( 3m )

Stpm 2005
d) Senaraikan 3 aktiviti organisasi bukan bermotifkan untung dan berikan satu contoh bagi setiap aktiviti yang disenaraikan ( 3m)

Stpm 2004

d) Nyatakan 6 prinsip koperasi (3m)

Stpm 2000
d) Jelaskan maksud kumpulan pendesak, dan berikan tiga cara bagaimana kumpulan pendesak dapat memberikan sumbangan secara positif kepada pembangunan perniagaan dan perdagangan (2 1/2m)

Stpm 1999
d)Koperasi staf MPM dan kelab staf MPM ialah dua entiti yang dianggotai oleh staf MPM. Dari aspek perundangan, nyatakan perbezaan antara dua entiti tersebut.(2m)

Bahagian B

Stpm 1999
5(a) Terangkan 4 prinsip koperasi (6m)
(b) Bincangkan perbezaan antara koperasi dengan syarikat awam berhad (12m)
(c)Jelaskan peranan badan-badan yang berikut
i. Jabatan Pembangunan Koperasi
ii. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) (5m)

Stpm 2000
5. Jelaskan fungsi dan peranan badan-badan yang berikut dalam pembangunan pertrubuhan koperasi di negara ini.
i. Jabatan Pembangunan Koperasi
ii. Maktab Kerjasama Malaysia
iii.Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhas (Angkasa) (25m)

Saturday, January 3, 2009

NOTA 946/2

BAB 3:KOPERASI & ORGANISASI BUKAN BERMOTIF UNTUNG


DEFINISI KOPERASI
-Satu badan atau pertubuhan yang dibentuk bersama oleh sekumpulan individu untuk menggalakkan kepentingan sosial dan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip-prinsip kerjasama
Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah
Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.
-Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.
-Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.


PERANAN KOPERASI

-Koperasi bertujuan untuk mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dengan penghapusan eksploitasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah. Oleh itu,gabungan ahli-ahli masyarakat akan menjadikan mereka satu kumpulan yang kuat dan mempunyai suara yang diiktirafuk memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya
-Faedah yang dinikmati secara tidak langsung akan dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup ahli-ahli kerana perkhidmatan atau barangan yang diperoleh melalui koperasi adalah berkualiti dan pada harga yang berpatutan
-Sebagai agen perpaduan dalam masyarakat dan antara ahli apabila dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan bertoleransi
-Koperasi juga membantu usaha kerajaan dalam pembangunan negara.Taraf kehidupan masyarakat akan baik dan peningkatan dalam kualiti hidup mereka dengan sendirinya akan mempercepatkan pembangunan negara
-Membantu mendapat dan menyediakan semua keperluan ahli.
-Memberi latihan, kursus dan seminar kepada ahli dalam menguruskan koperasi
-Memberikan pulangan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen


PRINSIP-PRINSIP KOPERASI
- Keanggotaan ahli secara terbuka dan sukarela
• Keahlian tanpa sebarang sekatan atau diskriminasi dari segi sosial,politik atau agama.
• Semua orang boleh menggunakan perkhidmatan dan sanggup menerima tanggungjawab keahlian.
• Tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk menyertai selagi individu tersebut layak - Akta Koperasi 1948
Pengurusan secara demokrasi
• Koperasi ialah pertubuhan yang bersifat demokrasi.Hal-ehwal sesebuah koperasi hendaklah ditadbirkan oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli koperasi berkenaan.
• Bagi koperasi asas,ahli-ahli mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu undi bagi setiap orang ahli) dan mereka turut serta membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan koperasi mereka.
• Bagi koperasi atasan dan menengah,pentadbirannya hendaklah dijalankan berasaskan demokrasi dalam bentuk yang bersesuaian.
- Faedah atau pulangan atas modal yang terhad
• Modal saham yang disumbangkan oleh ahli hendaklah menerima satu kadar faedah atau pulangan yang terhad,jika ada.
• Sebagai contoh di Malaysia,tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi,faedah atau dividen tidak melebihi 10% (6% bagi koperasi kredit dan bank) boleh diberi.Ini untuk mengelakkan individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan pelaburan.
• Bagi mengelakkan individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan pelaburan.
• Keutamaan adalah untuk memberi kebajikan kepada ahli dan bukan bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

- Pembahagian lebihan yang saksama
• Segala keuntungan yang diperolehi hasil daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi adalah kepunyaan ahli-ahli koperasi itu dan seharusnya dibahagikan dengan adil tanpa mana-mana ahli mandapat laba yang melampau berbanding ahli-ahli yang lain

- Galakan kepada pendidikan koperasi
• Koperasi perlu membuat peruntukan untuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran ahli-ahlinya,kakitangan dan masyarakat umum mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik koperasi,baik dari segi ekonomi mahupun demokrassi.
• Selain daripada meningkatkan kemahiran untuk diri sendiri juga membolehkan ahli-ahli memainkan peranan yang lebih berkesan dalam pengurusan koperasi.


- Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar
• Memberi perkhidmatan sebaiknya-baiknya kepada ahli –ahli dan masyarakat.
• Pertubuhan koperasi berkerjasama dengan lebih aktif dalam semua acara yang praktik dengan koperasi-koperasi lain diperingkat:-
i. Tempatan
ii. Kebangsaan
iii. Antarabangsa
• Memperluaskan dan memperkukuhkan semangat saling membantu.
• Mempunyai kesan positif terhadap sistem ekonomi secara keseluruhan.


- Penglibatan anggota dalam ekonomi
• Koperasi membantu dengan cara membeli daripada ahli dengan harga yang berpatutan sekaligus menghapuskan orang tengah
• Koperasi berperanan sebagai pemasar kepada ahli


- Kebebasan dan autonomi
• Koperasi bebas untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang sesuai dan boleh membuat keputusan selaras dengan Akta dan undang-undang kecil koperasi


- Prihatin terhadap masyarakat
• Mementingkan keperluan ahli dan masyarakat
• Berusaha mendapatkan pembangunan berkekalan bagi ahli dan masyarakat melalui dasar-dasar dan keputusan-keputusan yang diterima oleh semua

BENTUK PERTUBUHAN KOPERASI
1) Bentuk koperasi terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
(a)Koperasi asas
- dianggotai oleh individu atau orang perseorangan
- matlamat meningkatkan kepentingan ekonomi ahli mengikut prinsip koperasi
- bilangan ahli minimum 100 orang

(b)Koperasi menengah
- terdiri daripada koperasi asas
- matlamat untuk memudahkan operasi koperasi
- keahlian minimum 2 koperasi asas atau 200 orang

(c)Koperasi atasan

- koperasi induk yang keahliannya terdiri daripada koperasi menengah dan koperasi asas
- minimum ahli sekurang-kurangnya 2 koperasi menengah
- Contoh: ANGKASA
- Peranan koperasi atasan
# Menerapkan budaya koperasi dalam kehidupan masyarakat budaya koperasi boleh diterapkan melalui pendidikan dan publitisi.sebagai contoh ,menerbitkan laporan dan berita-berita semasa berkaitkan pergerakan koperasi di Malaysia
# Membantu koperasi meningkatkan kecekapan pegurusan koperasi asas boleh menjadakan koperasi atasan sebagai sumber rujukan untuk ahli-ahli mendapatkan pandangan,tunjuk ajar ,garis panduan dan sebagainya
# Mengalakan pembangunan koperasi -Koperasi atasan menjadi organisasi induk berperanan menyatupadukan tenaga dan meningkatkan kerjasama sesame ahli koperasi.koperasi atasan juga merupakan pusat hubungan antara satu koperasi dengan koperasi yang lain
# Bekerjasama dengan kerajaan -Bekerjasama dengan pihak kerajaan bertujuan untuk pembangunan ekonomi dan penstrukturan semula masyarakat.koperasi atasan mewakili pergrakan koperasi di peringkat kebangsaan yang berkaitan dengan pergerakan koperasi
# Memainkan peranan yang aktif - Berperanan aktif dalam bidang pembangunan Negara, bidang perindustriandan perdagangan selain itu bekerjasama dengan pihak swasta dengan cara memanfaatkan kedua-dua tanpa megorbankan perinsip-perinsip koperasi


JENIS DAN AKTIVITI KOPERASI

JENIS
Koperasi Kredit dan Bank

AKTIVITI UTAMA
Menyediakan kemudahan kredit, penerimaan deposit dan perkhidmatan perbankan lain dengan kadar yang lebih baik kepada ahli berbanding bukan ahli
CONTOH
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

JENIS
Koperasi Pengguna

AKTIVITI UTAMA
Membekalkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu melalui kedai-kedai runcit,pasar mini,pasar raya,stesen minyak, kedai alat elektrik dan pelbagai kedai lain

CONTOH
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Bhd.,
Koperasi Pegawai- pegawai Melayu Malaysia
(MOCCIS)

JENIS
Koperasi Perumahan

AKTIVITI UTAMA
Memajukan projek perumahan bagi memenuhi permintaan ahli-ahli untuk mendapatkan rumah sendiri yang selesa dengan harga berpatutan.Kebanyakkan projek- projek ini tertumpu kepada rumah- rumah kos rendah dan sederhana

CONTOH
Koperasi Perumahan Guru- guru Melayu Perlis, Koperasi Perumahan Melayu Kinta Bhd.
Koperasi Industri Kampung
Mempergiat dan memusatkan usaha-usaha kraf tangan dan industri kampung yang mempergunakan tanah liat,buluh,rotan,mengkuang dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan ahli-ahlinya
Koperasi Industri Kampung Morak Bhd.,Tumpat, Kelantan

JENIS
Koperasi Pembangunan Tanah

AKTIVITI UTAMA
Membangunkan tanah-tanah yang luas dengan projek pertanian dan mengusahakan penanaman untuk jualan bagi tanaman-tanaman utama seperti getah,koko dan kelapa sawit

CONTOH
Koperasi Pekebun Kecil Daerah Padang Terap, Kuala Nerang,Kedah. Koperasi Permodalan Felda Bhd.

JENIS
Koperasi Insurans

AKTIVITI UTAMA
Menjalankan kegiatan insurans kepada ahli-ahlinya.Pada masa ini, Malaysian Co-operative

CONTOH
Insurans Society (MCIS) adalah satu-satunya koperasi berdaftar dalam sektor insurans
Koperasi Insurans Malaysia Bhd.(MCIS), Petaling Jaya, Selangor


JENIS
Koperasi Kenderaan Pengangkutan

AKTIVITI UTAMA
Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anggota-anggotanya.Kebanyakan daripada mereka adalah dirancangan pembangunan tanah seperti FELDA,RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti seperti mengangkut hasil-hasil pertanian ke kilang-kilang pemprosesan. Selain itu,ada juga yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi,serta pengangkutan komersial

CONTOH
Koperasi Pengangkutan Kedah Utara,Alor Setar, Kedah


5 PERINGKAT DLM PROSES PENUBUHAN

I. Permohonan kepada Ketua Pendaftar JPK
i. Proses penubuhan bermula dengan memohon & mendapat kebenaran daripada Ketua Pendaftar Koperasi di Jabatan Pembangunan Koperasi
ii. Selepas mendapat kebenaran maka perlu dibentuk satu jawatankuasa penaja.

2 Mendapatkan kelulusan dari JPK untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja
i. Satu jawatankuasa penaja perlu dibentuk dengan sekurang-kurangnya terdiri daripada 10 orang
ii. Peranan/ tugas jawatankuasa penaja:
a) Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan
b) Menentukan aturan aktiviti yang akan dijalankan oleh koperasi
c) Menyediakan & menggubal undang-undang kecil
d) Mendaftar 100 orang bakal ahli sebelum diadakan mesyuarat agung pertama.
e) Mengadakan mesyuarat agung pertama koperasi.

3 Mengadakan mesyuarat agung permulaan

i. Mesyuarat ini perlu dihadiri oleh ahli-ahli koperasi dengan wakil daripada JPK (Jabatan Pembangunan Koperasi).
ii. Peranan/ tujuan mesyuarat agung :
a) Mendapatkan ketetapan ahli tentang jenis koperasi yang akan ditubuhkan.
b) Mendapatkan ketetapan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
c) Menyampaikan maklumat tentang koperasi yang akan ditubuhkan.
d) Meluluskan undang-undang kecil yang digubal
e) Melantik ALK untuk mengurus & mentadbir koperasi.

4 Dokumen pendaftaran diserahkan kpd Pendaftar Koperasi
i. Dokumen pendaftaran mesti diserahkan kepada Ketua Pendaftar JPK tidak lewat daripada 7 hari selepas Mesyuarat Agung dengan menyertakan bersama:
a) Borang permohonan yang telah diluluskan & ditandatangani oleh 10 orang jawatan kuasa penaja
b) 3 naskah undang-undang kecil (perlembagaan) koperasi
c) Minit mesyuarat agung pertama yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang hadir dan senarai nama ALK dan ahli-ahli koperasi
d) Perkataan `Koperasi’ dan `Berhad’ mesti ada bagi koperasi yang didaftarkan

5 Pengeluaran sijil perakuan
i. Sijil perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar Koperasi sebagai bukti sah Pendaftaran Koperasi tersebut.
ii. Koperasi tersebut secara sah mempunyai hak dan liabiliti yang tersendiri sebagai entiti koperasi.



AGENSI YANG TERLIBAT BERKAITAN KOPERASI
  • Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)
  1. Mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi
  2. Meyelenggara tugas pemeriksaan akaun koperasi yang telah diaudit
  3. Menggalakkan dan meningkatkan penubuhan koperasi.
  4. Memberi khidmat seperti latihan, nasihat kepada koperasi-koperasi berkaitan koperasi dan cara-cara untuk mengurus & mentadbir koperasi
  5. Menggalakkan & memberi bantuan kepada koperasi seperti pinjaman dan bantuan kewangan, khidmat nasihat kepada koperasi yang ingin terlibat dalam sektor utama negara.
  6. Rancang dan kuatkuasa progranm pembangunan bagi koperasi-koperasi
  7. Beri bantuan pengurusan dan infrastruktur kepada koperasi
  8. Menasihati Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  9. Bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi menjayakan pembangunan koperasi
  1. Mengendalikan kursus & latihan yang berkaitan dengan pengajian koperasi kepada ahli-ahli koperasi & mengiktiraf kursus-kursus dengan memberi sijil @ diploma.
  2. Menjalankan penyelidikan terhadap aktiviti-aktiviti koperasi yang dijalankan
  3. Memberi khidmat nasihat kepada koperasi-koperasi mengenai koperasi dengan cara-cara mengurus dan mentadbir koperasi.
  4. Melakukan kerja bercetak dan menerbitkan buku-buku berkaitan koperasi
  1. Menjadi wakil koperasi (INDUK) bagi koperasi-koperasi lain yang menjadi ahli ANGKASA
  2. Memperjuangkan nasib koperasi dalam memartabatkan koperasi di Malaysia
  3. Mentadbir kumpulan wang kebajikan am untuk kebaikan aktiviti koperasi
  4. Menerapkan budaya koperasi dalam kehidupan masyarakat
  5. Menerbitkan berita-berita semasa berkaitan koperasi-koperasi di Malaysia.
  6. Mengawasi dan menjaga kepentingan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli koperasi
  7. Memberi tumpuan dan penekanan terhadap aktiviti pendidikan koperasi seperti seminar, bengkel dan lain-lain


~